Friday, November 12, 2010

Renault Sandero Stepway Concept Mengagumkan!

Rekabentuk Sandero Stepway Concept yang memukau.

Mengagumkan. Itu yang dapat digambarkan selepas saya melihat beberapa foto model Renault Sandero Stepway Concept ini. Tertarik pada keunikan rekabentuknya, terutama pada tema grafik berbunga dan lampu hadapan LED kebiruan. Ia benar-benar mengujakan. Model konsep ini telah diperkenalkan di pameran auto di Sao Paulo, Brazil.

Model yang dibangunkan oleh Renault Design America Latina ini direkabentuk dengan menampilkan konsep 'the three-tone paint scheme', berdasarkan model asas Renault Sandero Stepway (seperti foto di atas). Selain konsep tema grafik berbunga yang ditampilkan, Renault Sandero Stepway Concept juga mempunyai ciri-ciri menarik seperti, hood titanium dengan warna hitam 'gloss', 'tailgate', dan warna 'matt copper' pada bahagian sisi.

Lampu hadapan LED.

Tema grafik berbunga di bahagian sisi.

Di bahagian bumper dan bahagian bawah Renault Sandero Stepway Concept ini, diberikan sentuhan kemasan platinum, manakala di bahagian kabinnya diberikan kemasan gabungan anodised aluminium & satin-finish titanium.

No comments:

Post a Comment