Thursday, November 11, 2010

Pelancaran Viva Elite Exclusive Edition (2010)

11 November 2010 - Perodua telah melancarkan varian terbaru Viva yang ditambahbaik, Viva Edisi Eksklusif. Edisi terbaru Viva ini dijangka akan melonjakkan lagi penguasaan Perodua, selain daripada model Myvi dan Alza.

Viva Elite adalah varian Viva yang mencatatkan jualan terbaik, sejak ia dilancarkan pada bulan Julai 2009 dan Viva Elite Edisi Eksklusif ini merupakan yang terbaru dalam siri Viva Elite. Dilengkapi dengan ciri-ciri terkini, baik di bahagian dalam mahupun di luar, termasuk 'grade mark' Edisi Eksklusif, rim dan kerusi kulit.

Viva Elite Edisi Eksklusif ini dijual dengan harga RM42, 000 di atas jalan. Boleh didapati dengan warna baru, Classy Purple, ia disasarkan kepada golongan muda mahupun keluarga yang inginkan kereta kedua. Model ini juga terdapat 2 lagi warna pilihan iaitu, Midnight Blue dan Ivory White.

Perodua mensasarkan untuk menjual model ini sebanyak 600 unit sebulan, dan akan mempelbagaikan lagi kelainan pada model Viva akan datang. Tempahan untuk model telahpun dibuka. Maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Perodua di 1800-88-6600.


sumber: wemotor

No comments:

Post a Comment