Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira

Proton Inspira - Smart Guys Get It

10 November 2010 - Setelah lama menantikan kemunculan sebenar model terkini Proton, dan hari ini, Proton Inspira telahpun dilancarkan secara rasminya di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam. Dikhabarkan, sejak diperkenalkan kepada umum ketika pra-pelancarannya pada 14 Oktober, model ini telah mendapat tempahan dengan jumlah yang memberangsangkan dan menjadi tumpuan golongan muda.

Didatangkan dengan 3 varian pilihan, 1.8 M, 1.8 CVT dan 2.0 CVT. Inspira dijana dengan enjin DOHC 16V, 4 silinder dengan teknologi MIVEC. Ciri-ciri luarannya sedikit berbeza dari Mitsubishi Lancer EX, terutama pada bahagian hadapan. Dengan sentuhan 'tiger wing' dan rekabentuk 'V', menjadikan Proton Inspira mempunyai identitinya sendiri. Tidak terkecuali pada bahagian belakang. Pada pendapat saya, rekabentuk bahagian belakang menampakkan model ini sporty dan elegan. Ia benar-benar mengagumkan! Terutama pada kemasan 'diffuser'.

Lebih berbaloi, apabila setiap varian memiliki ke semua ciri-ciri keselamatan, berbanding dengan model-model Proto sebelum ini yang hanya menyediakan ciri-ciri keselamatan premium hanya pada model kelas tertinggi (H-line model). Antara ciri-ciri keselamatannya adalah, Dual SRS Airbags, ABS dengan EBD, Sistem Immobilizer, filem keselamatan dan solar pada cermin, Pre-tensioner seatbelt, Sistem ISOFIX (di tempat duduk belakang), Sensor undur, sistem penggera, dan buzzer amaran.

Inspira juga mempunya ciri-ciri menarik yang mampu memberikan nilai terbaik kepada pemiliknya. Antaranya seperti, sistem audio Arkamys (radio, pemain CD dan MP3, serta Blurtooth), tingkap berkuasa dengan anti-perangkap (anti-trap), pelaras cermin sisi elektrik, stereng dengan suis audio dan kawalan auto cruise, kawalan paddle shift, mod sport, kawalan penghawa dingin auto, sensor hujan dan lampu hadapan, bodykit dan pelbagai lagi ciri-ciri yang berbaloi pada model ini.

Terdapat 4 pilihan warna:
Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.

Senarai harga:
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Solid) – RM78,549.00
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Metalik) – RM78,999.00

Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Solid) – RM84,549.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Metalik) – RM84,999.00

Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM91,549.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM91,999.00

Sumber: Arena Kereta, Paultan.

No comments:

Post a Comment