Seperti yang dicanang-canangkan di laman-laman blog automotif, model terkini dari Perodua ini telahpun mendapat perhatian akhir-akhir ini memandangkan sebaran foto-foto 'rahsia'nya.
Model Myvi berwarna kuning ini, dikhabarkan adalah model edisi ekstrim yang dijana dengan enjin berkapasiti 1.5liter. Rekabentuknya seakan sama, dengan acuan bernama
X-Style berwarna kuning yang pernah ditayangkan di KLIMS pada Disember tahun lalu.

Menurut sumber lain, model ini dibangunkan dengan 2 jenis kapasiti enjin iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter. Terdapat 5 variant yang bakal diperkenalkan bermula Mei 2011, iaitu:
- Myvi Standard (1.3l)
- Myvi Premium (1.3l)
- Myvi Elegance (1.3l)
- Myvi SE (1.5l)
- Myvi Extreme (1.5l)

Antara lainnya, Perodua turut membuat perubahan kosmetik samada luaran mahupun dalaman. Yang dapat saya kongsikan di sini adalah, dashboard, paparan meter dan centre cluster-nya, seperti yang terpapar pada foto-foto di bawah.

